Ahad, 28 Mei 2017

Perak tewas di gelanggang sendiri



ARKIB : 07/04/2005

IPOH - Perak gagal memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri apabila tewas 0-1 kepada pasukan Sun Hei dari Hong Kong dalam perlawanan Kumpulan D Piala AFC di Stadium Perak di sini malam ini.

Rekod tanpa kalah pasukan Perak dileburkan oleh penyerang pasukan pelawat Pongla Akosah pada minit ke-70.

Gol itu diperolehi hasil gerakan cantik pemain midfield Lau Chi Keung yang berjaya membuat hantaran silang daripada sebelah kanan padang walaupun dikawal dua pertahanan Perak.

Akosah yang tidak dikawal melepaskan rembatan kencang melepasi jangkauan penjaga gol Tay Sin Kiat.

Dengan kemenangan itu, Sun Hei mengukuhkan kedudukannya di tangga teratas Kumpulan D dengan mengumpul tujuh mata.

Pasukan itu sebelum perlawanan malam ini berkongsi empat mata dengan Perak tetapi berada di tangga atas dengan kelebihan gol. Perak memungut empat mata selepas menang 2-1 ke atas Tampines dari Singapura dan seri 1-1 dengan Valencia dari Maldives. -ÊBernama

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0407&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4iMMJirwX
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan