Ahad, 25 Jun 2017

Piala AFC: Merah Kuning menang lagi



ARKIB : 12/04/2006

KUALA LUMPUR - Selangor meneruskan kecemerlangan mereka dalam kempen bola sepak Kumpulan F Piala AFC apabila menewaskan wakil Hong Kong, Happy Valley 4-3 pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Brian Fuentes menyumbang dua gol pada minit ke-64 dan 68 manakala dua lagi gol dijaringkan Shukur Adan (m-42) dan D. Surendran (m-52).

Ini merupakan kemenangan ketiga berturut-turut Selangor yang sebelum ini menewaskan kelab Singapura, Tampines Rover 1-0 dan kelab Maldives, Hurriyah 3-1.

Bagaimanapun kemenangan semalam tidak dicapai dengan mudah apabila Happy Valley cuba bangkit daripada ketinggalan di penghujung permainan sebelum hanya berupaya membalas tiga gol menerusi Joao Mantin (m-14), penalti Fabio Alcantra (m-71) dan Wyman Lee (m-74).

Sementara itu satu lagi wakil Malaysia, Perlis mencatat keputusan seri 0-0 dengan Xiangxue Sun Hei dalam perlawanan di Stadium Mongkok, Hong Kong.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0412&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4l1lzHEjr
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan